Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Monday, November 8, 2010

~Da nak habis dA~

bismillahirrahmanirrahim...

sedar x sedar, da nak hjung thun 1431H...x lma lg rya haji...exam paper tggal 1 lg...
tggal paper math...
matematik=mathematics=math=mt=m3
macam2 ejaan nmanya, tapi sama jak, tetap kira2...
saya minat belajar math ni sejak kecil lagi, sebab dalam banyak2 pelajaran (selain ajaran agama) math la yang ibu bapa saya selalu ajar...kalau pelajaran lain semua belajar kat sekolah..
tambahan lagi, guru yang ajar saya math merupakan guru paling best sewaktu dia mengajar...x dapat saya nak lupakan dia sampai sekarang...terima kasih ya Allah atas segalanya...

selama saya belajar math, saya hanya tahu kira2, hafal formula, ingat stepnya...
"tapi untuk apa saya belajar semua itu?"
tiba2 muncul soalan seperti itu di fikiran saya, saya berfikir, apa kaitannya dengan kehidupan harian saya jika belajar math ni? cukuplah hanya belajar tambah tolak darab bahagi, x payah la nak belajar polynomial, matrices, geometry, function, trigonometry, differentiation n integration segala, makan nombor ka apa ni? xda kaitan pun dengan aplikasi harian saya, nanti kalau suda keluar mengajar math, yang diajar pun setakat TTDB tu saja...wah! sampai begitu sekali saya fikir kalau suda sampai jawab soalan2 yang membingungkan kapala otak ni....haha..namun setiap apa yang dipelajari itu pasti ada kepentingannya..
ada saya terbaca, jika kita belajar sesuatu ilmu itu, pastikan ianya membawa kita lebih mendekati Allah, lebih mengenal Allah, kaitkan ilmu itu dengan Allah dan ilmu yang diperolehi itu mesti diamalkan....
saya berfikir sejenak, ilmu math yang saya belajar, adakah ianya membawa saya lebih mengenal dan mendekati Allah? macam mana saya nak menjadikan ilmu yang saya dapat itu sentiasa saya amalkan?
berlainanlah jika belajar sains, kajian sosial, seni...semua tu boleh menjadikan kita sentiasa ingat Allah dengan melihat semua ciptaanNya...
terkadang apa yang saya belajar setakat sampai exam saja, lepas tu, entah ke mana da ilmu tu. "yes! lepas exam ble tgo movie, enjoy, tidor..." itulah antara ayat yang selalu saya ungkapkan...astaghfirullahal'azhim...inilah keadaanya jika belajar bukan kerana Allah...
sewaktu belajar math untuk persediaan exam bagi math 1 yang lepas, ada satu bahagian yang paling saya minat untuk jawab, iaitu prove (sampai saya kena gelar queen of proving plak..haha) sebab saya cuma perlu cari jalannya kerana jawapannya da ada..dalam menjawab soalan2 prove tersebut, saya berfikir lagi (memang kalau menjawab soalan perlu berfikir juga) adakah saya mampu untuk mencari jalan bagi membawa kawan2 saya ke arah kebenaran sedangkan yang benar itu sudah terang2 depan mata iaitu agama Islam, agama ALLAH...ianya bukan mudah seperti proving dalam math (mudah ka? haha) untuk menunjuk kebenaran, namun selagi hayat dikandung badan, agama Islam akan saya perjuangkan...insyaALLAH...(hehe, semangat gitu)

dalam bulan akhir 1431H ni, bulan zulhijjah, mari kita sama2 muhasabah diri kita, perbaiki diri kita, agar di tahun 1432H (insyaALLAH jika dipanjangkan umur) kita mula dengan azam dan tekad yang lebih hebat dari yang lepas...ALLAHUAKBAR!!!

wassalam....^_^


p/s : sila perbetulkan jika saya silap....

Monday, October 4, 2010

tukar lagi???

bismillahirrahmanirrahim

bagi sesiapa yang membuka blog saya kebelakangan ini, pasti hairan, kenapa saya balik-balik tukar template blog ne..
kali ini pun saya tukar template yang baru lagi dan lagu pun tukar juga..
mungkin itu sudah fitrah kita sebagai seorang manusia menginginkan yang terbaik untuk sesuatu. selagi tidak puas hati dengan apa yang dihasilkan, selagi itulah kita akan terus berusaha untuk buat yang terbaik.
tetapi alangkah indahnya jika fitrah ini kita sering aplikasikan dalam menunaikan ibadah kepada Allah. contohnya dalam solat, walaupun kita tidak dapat menunaikan solat sebaik dan sekhusyuk Rasulullah dan para sahabat, namun kita mesti sentiasa berusaha ke arahnya. sesungguhnya Allah suka kepada orang yang rajin berusaha dan tidak mudah putus asa.

kata seorang sahabat kepada saya, hikmah disebalik tukar-tukar ni menunjukkan bahawa tiada satu benda pun yang kekal di muka bumi ini, hanya Allah sahaja yang kekal abadi. oleh itu dalam setiap perkara yang kita lakukan pasti ada hikmah yang tersirat. tidaklah Allah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia....

walluhu a'lam...

Friday, October 1, 2010

reflection....

bismillahirrahmanirrahim....

rasa seperti lama dah tak update blog ne, memang lama dah pun...:)
untuk coretan kali ni, saja jak nak kongsi pengalaman dalam pengubahsuaian blog ni. nampak lebih menarik tak? haha, tak seberapa menarik pun sebab saya budak baru belajar. satu malam ni saya habiskan masa untuk membuat pembaharuan pada blog ni. supaya nampak lebih ceria sikit. dalam usaha mencari template baru untuk blog ni, saya menghadapi masalah untuk menggunakannya. saya sudah ikut arahan yang diberikan, tapi bila saya upload kat blog saya, tidak betul pula html-nya. ntah la apa masalahnya. tapi saya tidak putus asa, saya mahu juga blog saya ni berubah wajah. akhirnya saya terpaksa juga menggunakan template blog yang sudah sedia ada kat blogspot ni. tapi biarlah, asalkan dah berubah wajah juga. hehe...
dari masa ke semasa, saya pasti akan belajar cara untuk menjadikan blog saya ni lebih menarik.
jangan putus asa.....insyaAllah.

rasanya setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. semoga kawan-kawan yang pandai dalam menghias blog, ajar-ajarlah budak yang baru belajar ini ya..

terima kasih....:)

Thursday, August 5, 2010

beTulkaH?

bismillahirrahmanirrahim....

"ku akhiri sujud dengan doa, semoga dikabulkan hajat, dijauhkan duka lara, ku harap terimalah taubat.
bila hati menghadap Tuhan, baruku sedar ada kelemahan, terasa kerdil berbanding yang Esa, terharu terfikir betapa agungnya Tuhan...rahmatMu ku harapkan Ya Allah..."

ini adalah antara bait-bait kata dari lagu saujana yang bertajuk nur malam. setiap kali saya mendengar lagu ini, pasti hati saya akan tersentuh dengan kata-kata yang disampaikan. terasa bagaikan itulah keadaan diri saya sekarang yang diselubungi dengan DOSA yang tidak tahu sebanyak mana.
sebenarnya banyak lagi lagu-lagu nasyid yang disampaikan mempunyai kata-kata nasihat yang boleh kita dihayati dan ambil pengajaran. namun kita seringkali kurang mengambil pengajaran dari apa yang disampaikan, kita hanya dengar lagu tersebut, kalau best iramanya, layan... kalau tak best, malas la nak dengar. fungsi nasyid yang sebenar untuk menyampaikan dakwah sudah tersasar. label nasyid sudah seperti lagu-lagu tempatan di Malaysia ini. mengapa boleh jadi seperti ini? siapakah yang patut dipersalahkan? adakah orang Islam itu sendiri?
tapi, perkara yang perlu kita ingat ialah niat kita yang sebenar. jika kita mendengar nasyid tersebut untuk mengambil pengajaran daripadanya, maka itu yang kita akan dapat. jika kita dengar nasyid semata-mata untuk berhibur, maka hiburan la yang kita dapat.
sebenarnya jika kita ingin menyampaikan lagu nasyid, kita kena betulkan niat dulu, niat kerana Allah, supaya yang mendengar dapat mengambil iktibar dari apa yang disampaikan. jika tidak, itulah yang terjadi sekarang, nasyid ini hanya dianggap sebagai hiburan sahaja. perkara yang disampaikan hanya sia-sia.
terkadang kita lihat orang yang menyampaikan lagu nasyid ni, dalam lagunya menyeru supaya melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. namun orang tersebut pula yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya. kenapa begitu? mungkin kita boleh kata, orang yang bercakap itu yang akan selalu diuji. memang betul, tapi perkara ini juga mungkin disebabkan orang tersebut telah salah niat, niat semata-mata ingin menjadi popular. jadi itu saja yang akan di perolehi. semoga kita terhindar dari perkara tersebut...

bersama-sama kita rujuk semula diri kita sendiri, betulkah niat kita selama ini? sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat. seperti dalam hadis pertama dalam buku hadis 40 karangan imam nawawi. mulakan setiap perbuatan dengan niat yang baik, insyaAllah akan dikurniakan pahala walaupun belum dilakukan. pasang niat baik-baik kerana Allah, maka itu yang akan kita perolehi.

"sebelum mata terlena, dibuaian malam gelita, tafakur ku di pembaringan, mengenangkan nasib diri yang kerdil, lemah dan bersalut dosa, mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, tergapai ku mencari limapahan hidayahMu, agar terlerai kesangsian hati ini, sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini...
sebelum mata terlena, dengarlah rintihan hati ini, Tuhan beratnya dosa ku, tak daya ku pikul sendiri, hanyalah rahmat dan kasih-sayangMu yang dapat meringankan, hulurkan maghfirahMu, andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi, sebelum berangkat pergi ke 'daerah' sana, lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan ragaku...." (sebelum terlena; hijjaz)

wallaua'alam bissowab...

Wednesday, August 4, 2010

saya............???

bismillahirrahmanirrahim......

alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan tiada entry baru untuk blog ini, Allah telah memberi kesempatan untuk saya post new entry pada malam yang hening ini....


Ini merupakan entry pertama yang saya taip sendiri. kebiasaannya, saya copy paste jak dari mana-mana perkara menarik yang dibaca. dalam entry kali ini, perkara yang disampaikan bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk menceritakan keburukan sesiapa...

cuma saya ingin berkongsi perkara yang sering dialami oleh saya sendiri sejak kebelakangan ini. sebagai muhasabah diri, sebagai seorang hamba Allah yang tidak lepas dari melakukan dosa.

nafsu merupakan perkara yang paling susah untuk dilawan. sering kali kita
terhanyut dengan nafsu diri kita sendiri. kenapa kita selalu tewas dengan nafsu tersebut? tidak cukup kuatkah diri kita ini untuk menentangnya? sejauh mana nafsu ini menguasai diri kita? macam-macam persoalan muncul di kepala otak ni...
setiap hari saya berusaha, berjihad untuk menentang nafsu diri, tapi tewas juga dipertengahan jalan. kenapa saya kalah? ya, iman. pasti iman dalam diri saya ini sangat lemah. kadang-kadang saya cemburu melihat beberapa sahabat saya yang rajin untuk menunaikan ibadah kepada Allah, mampu melawan nafsu mereka sendiri. terdetik di hati untuk jadi seperti 'mereka'. tapi, mampukah saya? sering saya menasihati diri sendiri, lawan nafsu tu, tapi disebabkan iman yang tipis, setakat mana saja la diri ini mampu melawannya.
saya nampak kawan-kawan yang sudah lalai dengan keduniaan ini, mampukah saya untuk membimbing mereka sedangkan diri ini juga terabai? adakah suatu hari nanti saya juga akan jadi seperti itu? "Ya Allah, engkau berikanlah kami kekuatan iman"...saya cuma mampu berdoa kepada Allah semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat daripadaNya.

"jangan selalu bersendiri dalam bilik, nanti nafsu akan menguasai diri", kata seorang sahabat kepada saya. memang benar. setiap kali saya seorang diri dalam bilik, sang nafsu mula la mengajak saya tengok movie, makan, tidur, tengok drama, makan, ngodop, itulah rutin yang dibuat setiap hari akibat terlalu mengikut kehendak sang nafsu tersebut. akhirnya, assignment, homework, bilik, semuanya terbengkalai. waktu itulah keadaan diri kurang terurus, hati pula sentiasa rasa tidak tenang. masa itu perkara yang sering bermain-main di kepala otak cuma "kenapa dengan ko ni?" itu saja yang berulang-ulang difikir. tapi tindakan yang dibuat? tiada. akhirnya saya hanyut terus dengan buaian nafsu sendiri..Astaghfirullahal'azhim... "Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk berjihad menentang nafsu".

hari ini kami ada membuat satu mesyuarat ajk bersama dengan pensyarah. perkara yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti untuk bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Tuhan sahaja tahu bagaimana gementarnya saya waktu itu. disebabkan pengarah program untuk aktiviti tersebut tidak dapat datang, terpaksalah saya selaku timbalannya membentang tentang program tersebut. alhamdulillah, dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli dalam mesyuarat tersebut, saya dapat melakukannya walaupun terdapat banyak kelemahan. maklumlah, setiap manusia itu pasti ada kelemahannya. hanya Allah yang Maha sempurna. sungguh, itu merupakan ujian yang diberikan kepada saya.
tapi bukan itu yang ingin dibicarakan di sini. dalam mesyuarat tersebut, seorang pensyarah berkata kepada kami semua, mereka sudah serik dengan keadaan pelajar-pelajar muslim di IPG ini. setiap kali program diadakan, entah berapa kerat sahaja orang yang datang. itu pun muka yang sama saja. mana semua muslim ni? apa sudah jadi dengan mereka? macam-macam alasan yang diberikan oleh mereka jika disuruh ke masjid. itu dan ini. alasan? orang yang berjaya itu mencari CARA tapi orang yang gagal itu mencari ALASAN. mahukah kita jadi orang yang gagal itu? "ya Allah, Engkau bersihkanlah hati-hati kami dari perkara-perkara yang tidak berfaedah, Engkau ikhlaskanlah hati-hati kami dalam melakukan ibadah kepadaMU".
jika kita lihat para pelatih yang datang untuk solat berjemaah di masjid. kekadang jumlah cicak lagi banyak dari jemaah yang datang. "seandainya jika mereka tahu betapa besarnya pahala berjemaah isyak dan subuh di masjid, sesungguhnya mereka akan sanggup datang walaupun dalam keadaan merangkak". subhanallah!!! betapa banyak pahala kita akan perolehi jika kita dapat melawan nafsu yang menyelubungi diri kita ini.

tapi itulah hakikat umat diakhir zaman ini. kebanyakannya orang islam kini hanya pada nama. adakah kita tergolong dalam kalangan tersebut? adakah kita termasuk orang-orang yang meruntuhkan agama Islam itu sendiri? tepuk dada, tanya iman.
sama-sama kita fikir-fikirkan dan muhasabah diri selalu. insyaAllah..

wallahua'alam..wassalam....

Friday, May 21, 2010


DOA ITU MENENANGKAN JIWA (SURAH AL-INSYIRAAH)

ALLAH telah menciptakan dunia untuk
menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala
DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran.
Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran,
gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah
pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling
penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa
sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:



“Kerana sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu
ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)



Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan
pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau
bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan
berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap
hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan
kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal
sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa
petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap
padaNYA.



“...Barangsiapa
yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan
keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan
(keperluannya).”

(Surah a-Talaq: 2-3)



ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.


ALLAH Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Adil menyediakan jalan
keluar pada setiap kesukaran dan menguji manusia dalam lingkungan
kemampuan mereka. Cara pengabadian seorang hamba kepada ALLAH, kepayahan
yang diberi untuk menguji manusia, tanggungjawab yang perlu dipikul
oleh seseorang, semuanya adalah pada kadar kemampuan individu itu.
Inilah berita gembira buat manusia yang bertaqwa dan ia dijelmakan pada
sifatNYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ALLAH menyatakan rahsia
ini di dalam firmanNYA:



“Dan janganlah
kamu dekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat
hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan
adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar
kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku
adil walaupun dia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji ALLAH. Yang
demikian itu diperintahkan ALLAH kepadamu agar kamu ingat.”

(Surah
al-An’aam: 152)



“Dan orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri
seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah
penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.”

(Surah al-A’raf:
42)



“Kami tidak membebani seseorang
melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab
yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah
al-Mukminun: 62)

By Harun Yahya


KANDUNGAN SURAH AL-INSYIRAAH

Ertinya: Bukankah kami(Allah)
telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),Dan telah kami ringankan bebanmu yang
berat, Yang memberati punggungmu,Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,Maka
sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,Sesungguhnya di samping kesukaran ada
kemudahan,Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah
(mengerjakan yang lain),Dan
kepada Tuhanmu, berharaplah.

(Al-INSYIRAAH 1-8)

* Caranya:

* Dibaca dengan meletakkan tapak
tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan * Kemudian dibaca surah
Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan
dada



LEBAH MADU TANDA KEBESARAN ILAHI

Surat an Nahl ayat 68, Allah SWt berfirman:

Dan Tuhan mewahyukan kepada
lebah: ” Bersaranglah di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan pada
bangunan-bangunan lainnya yang dibuat oleh manusia.”

ayat
69:

“Dan makanlah olehmu bermacam-macam sari buah-buahan serta
tempuhlah jalan-jalan yang telah digariskan Allah dengan lancar. Dari
perut lebah itu keluar minuman berupa madu yang bermacam-macam warnanya.
Di dalamnya terdapat ubat yang mujarab untuk manusia. Sesungguhnya pada
hal yang demikian terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang
yang mahu memikirkan.’


Disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda:

”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan
api. dan umatku dilarang membakar dengan api”.

(Riwayat Bukhari)


RAHSIA DARI AL-QURAN BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN

Mahmud Ibn Labid r.a. berkata bahawa beliau
pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Dua perkara yang tidak
disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari
dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit
meringankan hisab.”

Namun jika anda ingin menjadi seorang
jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37
hingga 38: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat
imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada
menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi
zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati
dan pandangan.”“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah
membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka
kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan
sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dengan tidak terhitung.”

Maksudnya, dengan sentiasa mengingati
Allah, mendirikan solat, memberi zakat serta sedekah, takutkan hari
kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia
dan balasan yang paling baik dari Allah. Sesungguhnya Allah pemberi
segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang
mempunyai ciri-ciri seperti di atas.Kajilah Al-Quran dengan
sebenarnya-benarnya, kerana panduan untuk menjadi jutawan banyak
terdapat di dalam Al-Quran. Bacalah tafsir Al-Quran yang harganya
anggaran RM20 di pasaran.

Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di
dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran
daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan
kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang
meminta kepadaKu” Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi
jutawan, tetapi ingin gaya hidup sederhana, selesa, tidak mahu mempunyai
bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan
membaca Surah Al-Waqiah setiap malam.

Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah
s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap
malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”Sekiranya
anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan,
memerlukan wang segera untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah
petua Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh
Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan
segera mengerjakan solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah
di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di
dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika
keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan
memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.
Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu
serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar
menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah
yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan
tips ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan bersederhana. Mereka
tidak kelam kabut dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan.
Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau
melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan
dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.


BUKTI CINTA & KASIH SAYANG ALLAH

(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al Qur'an. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

(Surah Ar-Rahman Ayat 1-9)



Allah membawa hamba-hambaNya berjalan masuk ke syurga secara berteman@berkumpulan

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan,
apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah
kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu,
berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di
dalamnya.”

(Surah az-Zumar, ayat 73)



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.
[57]
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

(Al-'Ankabuut)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
[6]
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
[7]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.

(Surah Al 'Ankabuut)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
[15]Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

(Surah As-Sajdah ayat 15)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.
63]
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

[64]
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

(Surah Al-'Ankabuut)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.
Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

(Surah Al-Ahzaab ayat 3)




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

(Surah Luqman ayat 10)




Saturday, April 24, 2010

ReD GuARa CaFe

Pernahkah kita memikirkan minuman yang kita minum setiap hari berkhasiat untuk diri kita sendiri? di sini ada penyelesaiannya...
1 lagi produk luar biasa yang dihasilkan oleh syarikat DCL...


Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 3 bahan aktif mewah utama yang terdiri daripada Ekstrak Guarana (Paullina cupana), Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta vulgaris) dan "Yis Beras Merah/Red Yeast Rice" (Monanscus pur purues).

1. GUARANA (Paullina cupana)

Guarana, di mana bijinya berbentuk bulat, kecil, merah dan berkelompok berasal dari Amazon Brazil. Dirujuk sebagai mata oleh dongeng oleh kaum Guaranis.

Kandungan bahan utama:

Nilai perubatan:

  • Guaranina, Hipoxantina, Proantocyonidina, Asid Salisilik, Tannin, Teobronina, Teofillina dan Xantina

Nilai pemakanan:

  • Asid Amino: Leusina, Lisina, Tirosina Metaionina, Triptofana, Valina, Sistina, Alanina, Asid Glutamik, Isoleusina, Arginina dan Glisina
  • Mineral (Galian): Kalium, Fosforus, Kalsium, Zat Besi dan Zink
  • Adenina, Guanina, Kolin, Glukosa, Musil etrametilxantina)
  • Teofillina (1,3 - dimetilxantina)
  • Teofillina (3,7 - dimetilxantina)

Lain-lain bahan:

  • Sapinin
  • Tannin - Astringent
  • Minyak asli

Bagaimana Guarana membantu:

  1. Meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan)
    • Saluran pernafasan iaitu bronkiol akan mengembang
    • Lebih banyak oksigen dibawa masuk
    • Lebih oksigen untuk sel-sel badan
  2. Menambah kebolehan mendapatkan tenaga:
    • Menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati
    • Meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan
    • Tenaga untuk sel bertambah
    • Keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan/dibaki
    • Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan
    • Berguna semasa puasa untuk menahan lapar
  3. Meningkatkan kesan hormon:
    • Pada sel, guarana menghalang enzim Fosfodiesterase daripada menukar cAmp (Pengantara maklumat ke-2) kepada 5 Amp
    • Ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon
    • Ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan.

Apa fungsi-fungsi Guarana:

  • Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Mengatasi dan membantu pencernaan (Diarrhea)
  • Penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan)
  • Neuralgia (Sakir urat/saraf) dan kesakitan ringan
  • Memudahkan pernafasan (Boleh membantu asma)
  • Sindrom sebelum datang bulan (PMS)
  • Menguatkan otot jantung
  • Mengurangkan atau menghilangkan demam
  • Mencegah jangkitan
  • Membuang air berlebihan
  • Membantu sakit kepala dan migrain
  • Membantu mencairkan darah
  • Anti oksida

2. RED BEET ROOT / UBI BIT MERAH (Betavulgaris)

Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang cina dan eropah dalam pemakanan harian untuk membekalkan tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.

  • Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
  • Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit
  • Pigmen merah dlam bit didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser
  • Mengadungi komponen "Betaine" yang sangat berkesan membantu fungsi hati
  • Asid nukleik dari bit menyubut dan membantu separasi sel
  • Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida
  • Mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung
  • Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium
  • Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan
  • Peransang dan pembersih ginjal
  • Membantu merawat migrain
  • Buang toksik

3. RED YEAST RICE / YIS BERAS MERAH (Monascus purpurues)

Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang-orang Cina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Beras merah adalah hasil "fermentasi" sejenis Yis Monascus purpurues yang selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.

Kajian secara saintifik ke atas Yis Beras Merah didapati berfaedah kerana:

  • Komponen-komponen penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolestrol. Bagus untuk menurunkan berat badan
  • Ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/jahat (Trigliserida)
  • Mengandungi belasan komponen asli yang sama seperti dengan "statin" di mana dewasa ini sangat popular digunakan untuk merawat masalah kolestrol berlebihan (seperti jenama Baycol, Lescol, Lipitor, Meracor dan Pravachol)
  • Melembutkan saluran darah yang keras
  • Membantu proses penghadaman yang sempurna
  • Sakit perut

Cara Pengambilan:

Tuangkan satu paket RED GUARA CAFE ke dalam secawan air panas (159ml-180ml), kacau dan hidangkan.


dah tau kelebihannya...

lupakan yang lain....

selamat mencuba....