Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Tuesday, September 27, 2011

Kem Cinta Islam

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberikan peluang untuk berkongsi sesuatu dalam blog ni, setelah lama menyepi. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sejak akhir2 ni.
Tetapi sebenarnya sibuk itu lagi seronok daripada bosan tiada kerja yang perlu dibuat. Minggu lalu merupakan minggu yang dirasakan terlalu sibuk bagi saya, tak tau la orang lain. Dalam keadaan assignment yang belum siap, satu program iaitu Kem Cinta Islam perlu dilaksanakan dalam minggu itu juga. Kem ini merupakan kem rintis, kem berbentuk Islamik yang pertama kali dilaksanakan di IPG Kampus Keningau ini.

Program ini telah dirancang sebelum raya aidilfitri lagi, dan bercadang untuk melaksanakannya seminggu selepas cuti raya. Namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, program ini terpaksa ditunda. Kertas kerja yang dihantar pula lambat untuk mendapat kelulusannya. Akhirnya kertas kerja ini lulus pada dua hari sebelum program ini bermula. Pada waktu itu, keadaan menjadi kelam kabut. Banyak lagi perkara yang belum diselesaikan. Hampir2 sahaja program ini tidak dapat dilaksanakan.

Selaku antara orang yang menguruskan program ini, memang semangat perlu kuat agar orang lain tidak patah semangat dalam meneruskan program ini. Alhamdulillah, akhrinya program ini dapat dilaksanakan juga atas bantuan ajk2 program dan paling penting kerana pertolongan daripadaNya.

Di bawah ini merupakan detik2 manis sepanjang 3 hari 2 malam program Kem Cinta Islam dijalankan...





Sesi pendaftaran, muslimat jugalah paling ramai...










Beberapa Ajk muslimin sedang khusyuk mendirikan khemah. Tempat tidur para peserta, bersama fasilitator dorang...








Sesi Ice Breaking, tak dapat join time ni, tgh sibuk outing...=)hehe, sibuk di luar IPG mencari tempat yang sesuai tuk melaksanakan aktiviti esok hari.








Aktiviti Nightline, time tuk marah2 dorang...hehehe~~
Jalan sambil tutup mata dengan meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah.








Aktiviti Mari Beramal Bersama, aktiviti ini merupakan aktiviti luar IPG yang pertama kali dibuat di Keningau. Aktiviti yang memerlukan banyak pengurusan sebelum dilaksanakan (tuk aktiviti ni la yg sibuk2 outing 2), Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusan tersebut...







Aktiviti Explorace Minda, memang aktiviti yang paling mencabar la bagi para peserta dan fasilitator, 10 checkpoint perlu diharungi, sambil memikul amanah yang 'berat'. Amanah yang diberikan bukanlah benda2 biasa, tapi orang yang dibalut dengan tisu seperti mumia. Mereka perlu mengangkat orang tersebut ke setiap checkpoint yang mereka pergi, di sinilah cuba ditekankan kepada mereka bahawa amanah yang dipikul itu sebenarnya sangat berat. Tidak semua orang dapat memikul amanah dengan sebaiknya.


Terdapat banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini, namun setakat ini sahajalah perkongsian daripada saya, sebenarnya banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan...huhu~~
Semoga para peserta, fasilitator dan juga urusetia yang terlibat dalam program rintis ini mendapat manfaat yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang.
Terima kasih saya ucapkan pada semua yang terlibat kerana memberikan kerjasama dan sokongan sehingga program ini berjaya dilaksanakan. Namun program ini tidak dikira berjaya sepenuhnya jika tiada perubahan yang berlaku dalam diri setiap peserta yang terlibat.

Wallahua'lam...