bismillahirrahmanirrahim....
"ku akhiri sujud dengan doa, semoga dikabulkan hajat, dijauhkan duka lara, ku harap terimalah taubat.
bila hati menghadap Tuhan, baruku sedar ada kelemahan, terasa kerdil berbanding yang Esa, terharu terfikir betapa agungnya Tuhan...rahmatMu ku harapkan Ya Allah..."
ini adalah antara bait-bait kata dari lagu saujana yang bertajuk nur malam. setiap kali saya mendengar lagu ini, pasti hati saya akan tersentuh dengan kata-kata yang disampaikan. terasa bagaikan itulah keadaan diri saya sekarang yang diselubungi dengan DOSA yang tidak tahu sebanyak mana.
sebenarnya banyak lagi lagu-lagu nasyid yang disampaikan mempunyai kata-kata nasihat yang boleh kita dihayati dan ambil pengajaran. namun kita seringkali kurang mengambil pengajaran dari apa yang disampaikan, kita hanya dengar lagu tersebut, kalau best iramanya, layan... kalau tak best, malas la nak dengar. fungsi nasyid yang sebenar untuk menyampaikan dakwah sudah tersasar. label nasyid sudah seperti lagu-lagu tempatan di Malaysia ini. mengapa boleh jadi seperti ini? siapakah yang patut dipersalahkan? adakah orang Islam itu sendiri?
tapi, perkara yang perlu kita ingat ialah niat kita yang sebenar. jika kita mendengar nasyid tersebut untuk mengambil pengajaran daripadanya, maka itu yang kita akan dapat. jika kita dengar nasyid semata-mata untuk berhibur, maka hiburan la yang kita dapat.
sebenarnya jika kita ingin menyampaikan lagu nasyid, kita kena betulkan niat dulu, niat kerana Allah, supaya yang mendengar dapat mengambil iktibar dari apa yang disampaikan. jika tidak, itulah yang terjadi sekarang, nasyid ini hanya dianggap sebagai hiburan sahaja. perkara yang disampaikan hanya sia-sia.
terkadang kita lihat orang yang menyampaikan lagu nasyid ni, dalam lagunya menyeru supaya melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. namun orang tersebut pula yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya. kenapa begitu? mungkin kita boleh kata, orang yang bercakap itu yang akan selalu diuji. memang betul, tapi perkara ini juga mungkin disebabkan orang tersebut telah salah niat, niat semata-mata ingin menjadi popular. jadi itu saja yang akan di perolehi. semoga kita terhindar dari perkara tersebut...
bersama-sama kita rujuk semula diri kita sendiri, betulkah niat kita selama ini? sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat. seperti dalam hadis pertama dalam buku hadis 40 karangan imam nawawi. mulakan setiap perbuatan dengan niat yang baik, insyaAllah akan dikurniakan pahala walaupun belum dilakukan. pasang niat baik-baik kerana Allah, maka itu yang akan kita perolehi.
"sebelum mata terlena, dibuaian malam gelita, tafakur ku di pembaringan, mengenangkan nasib diri yang kerdil, lemah dan bersalut dosa, mampukah ku mengharungi titian sirat nanti, membawa dosa yang menggunung tinggi, tergapai ku mencari limapahan hidayahMu, agar terlerai kesangsian hati ini, sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini...
sebelum mata terlena, dengarlah rintihan hati ini, Tuhan beratnya dosa ku, tak daya ku pikul sendiri, hanyalah rahmat dan kasih-sayangMu yang dapat meringankan, hulurkan maghfirahMu, andainya esok bukan milikku lagi dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi, sebelum berangkat pergi ke 'daerah' sana, lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan ragaku...." (sebelum terlena; hijjaz)
wallaua'alam bissowab...