Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Tuesday, September 27, 2011

Kem Cinta Islam

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberikan peluang untuk berkongsi sesuatu dalam blog ni, setelah lama menyepi. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sejak akhir2 ni.
Tetapi sebenarnya sibuk itu lagi seronok daripada bosan tiada kerja yang perlu dibuat. Minggu lalu merupakan minggu yang dirasakan terlalu sibuk bagi saya, tak tau la orang lain. Dalam keadaan assignment yang belum siap, satu program iaitu Kem Cinta Islam perlu dilaksanakan dalam minggu itu juga. Kem ini merupakan kem rintis, kem berbentuk Islamik yang pertama kali dilaksanakan di IPG Kampus Keningau ini.

Program ini telah dirancang sebelum raya aidilfitri lagi, dan bercadang untuk melaksanakannya seminggu selepas cuti raya. Namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, program ini terpaksa ditunda. Kertas kerja yang dihantar pula lambat untuk mendapat kelulusannya. Akhirnya kertas kerja ini lulus pada dua hari sebelum program ini bermula. Pada waktu itu, keadaan menjadi kelam kabut. Banyak lagi perkara yang belum diselesaikan. Hampir2 sahaja program ini tidak dapat dilaksanakan.

Selaku antara orang yang menguruskan program ini, memang semangat perlu kuat agar orang lain tidak patah semangat dalam meneruskan program ini. Alhamdulillah, akhrinya program ini dapat dilaksanakan juga atas bantuan ajk2 program dan paling penting kerana pertolongan daripadaNya.

Di bawah ini merupakan detik2 manis sepanjang 3 hari 2 malam program Kem Cinta Islam dijalankan...





Sesi pendaftaran, muslimat jugalah paling ramai...










Beberapa Ajk muslimin sedang khusyuk mendirikan khemah. Tempat tidur para peserta, bersama fasilitator dorang...








Sesi Ice Breaking, tak dapat join time ni, tgh sibuk outing...=)hehe, sibuk di luar IPG mencari tempat yang sesuai tuk melaksanakan aktiviti esok hari.








Aktiviti Nightline, time tuk marah2 dorang...hehehe~~
Jalan sambil tutup mata dengan meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah.








Aktiviti Mari Beramal Bersama, aktiviti ini merupakan aktiviti luar IPG yang pertama kali dibuat di Keningau. Aktiviti yang memerlukan banyak pengurusan sebelum dilaksanakan (tuk aktiviti ni la yg sibuk2 outing 2), Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusan tersebut...







Aktiviti Explorace Minda, memang aktiviti yang paling mencabar la bagi para peserta dan fasilitator, 10 checkpoint perlu diharungi, sambil memikul amanah yang 'berat'. Amanah yang diberikan bukanlah benda2 biasa, tapi orang yang dibalut dengan tisu seperti mumia. Mereka perlu mengangkat orang tersebut ke setiap checkpoint yang mereka pergi, di sinilah cuba ditekankan kepada mereka bahawa amanah yang dipikul itu sebenarnya sangat berat. Tidak semua orang dapat memikul amanah dengan sebaiknya.


Terdapat banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini, namun setakat ini sahajalah perkongsian daripada saya, sebenarnya banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan...huhu~~
Semoga para peserta, fasilitator dan juga urusetia yang terlibat dalam program rintis ini mendapat manfaat yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang.
Terima kasih saya ucapkan pada semua yang terlibat kerana memberikan kerjasama dan sokongan sehingga program ini berjaya dilaksanakan. Namun program ini tidak dikira berjaya sepenuhnya jika tiada perubahan yang berlaku dalam diri setiap peserta yang terlibat.

Wallahua'lam...

Saturday, August 6, 2011

aku yang lemah

Bismillahirrahmanirrahim....

"Ya Allah, kenapa tidak menghabiskan makan ni? mari saya habiskan..."
"Wah...kau jugalah, bagus2, habiskan2..." kataku.
"Mesti dihabiskan ni, biasanya makanan yang terakhir itu yang ada keberkatannya, selalunya kami di rumah mesti kasi habis, kalau ada makanan yang jatuh pun mesti di makan, kemungkinan di situlah ada keberkatan"
aku terdiam sejenak, bagusnya 'dia', mesti familynya sentiasa mengamalkan sunnah2 Rasulullah. kenapa aku tidak dapat lakukan seperti itu? mana kekuatanku untuk melakukannya?

setelah selesai azan subuh, tiba2 aku terdengar suara orang memberi tazkirah. Owh, rupanya 'dia' sedang bercakap dengan kawan-kawannya. tapi aku kurang dengar apa yang 'dia' katakan. dalam jangkaanku, mungkin 'dia' tengah tegur kawan-kawannya sebab bercakap tym azan atau berkata tentang kelebihan solat sunat sebelum subuh. setelah beberapa minit 'dia' bercakap, 'dia' dan kawan-kawannya mendirikan solat sunat sebelum subuh... Sekali lagi aku kagum dengan 'dia', rasanya tadi 'dia' sedang mengajak kawan-kawannya untuk melakukan satu lagi amalan yang paling Rasulullah suka lakukan.
Ya Allah, apakah engkau kurniakan 'dia' untuk memberi kesedaran terhadapku? sebenarnya banyak yang aku telah belajar daripada 'dia' walaupun bukan secara direct. Ya Allah, engkau jadikanlah aku kuat untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar. Kadang-kadang aku tahu kelebihan sesuatu perkara itu, tetapi tidak pernah aku sampaikan kepada orang lain. Ya Allah, kedekutkah aku ini, sombongkah aku? aku tidak ingin menjadi seperti itu, aku ingin menjadi orang yang suka menyampaikan ilmu, aku ingin setiap kata2ku ini berhikmah, aku ingin menjadi orang yang berguna terhadap orang lain...Ya Allah, engkau bantulah hambaMu ini...Amin Ya Rabbal Alamin...

Sedikit perkongsian ilmu, semoga bermanfaat........
Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walaupun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

Wallahua'lam...

Wednesday, May 11, 2011

Al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah....cuaca sekarang tengah hujan sayup2...mmg selesa untuk TIDUR...hee..
tp sblum tu, nak cerita dulu pengalaman saya selama memandu kereta ne....psal memandu lg...cbalah psal driving ka, car ka...
tp ini lain la ceritanya kn...utk bapa2, ibu2 yg drve ne, msalah yg selalu tmbul adalah sewaktu maw parking kereta kn..betul x??...kwan2 ckap, 2la...bez lagi naik bas, x payah nak risau pasal parking2 lg banding naik kereta ne...tp sebenarnya penat nak jlan kaki ne...dgn membawa barang yg banyak lg....makanya saya lebih suka memandu kereta, lebih memudahkan...(^___^)
utk pengetahuan semua, sekarang ne pihak polis saaangat RAJIN buat kerja...kerja saman menyaman la terutamanya...hehe...mana kereta salah parking, kompom kena saman la jwabnya...ne menjadikan tempat parking kereta jd terhad...suma takut kena saman la katakan...di sini kita boleh lihat bahawa persaingan utk mendapatkan tmpat parking menjadi sengit terutamanya pada waktu puncak....hmmmm....
seorg kakak pernah memberi pesanan pada saya, "kalau nak mudah dapat tempat parking, amalkan bacaan surah al-Fatihah dan tawakkal pd Allah"... ehe...saya apa lg, xkan xnak cuba baca al-Fatihah ne....mestilah nak try jg kn...seperti biasalah saya mmandu kat pekan kgau, waktu ne tgh nak cari parking...pusing punya pusing, langsung xda tmpat prking, keadaan pn sesak...tiba2 saya teringat dengan pesanan kakak tersebut, saya pun buatlah seperti yang dipesan, beberapa ketika kemudian sebuah kereta maw undur tuk kuar dri tmpat parking...wah, saya pn bg 'can' la dia keluar, yes!!! akhirnya dapat jg tmpat parking kereta...ALHAMDULILLAH....
mulai saat itu, bacaan al-Fatihah menjadi amalan bg memudahkan dpt tmpat parking, alhamdulillah, mmg Allah memberikan kemudahan tersebut...
amalan membaca al-Fatihah jg boleh dilakukan sebelum memulakan pemanduan beserta doa menaiki kenderaan, semoga dipermudahkan perjalanan...
sememangnya surah al-Fatihah ini teeerlalu banyak manfaat sekiranya dibaca, diamal dan dihayati sepenuh hati...InsyaAllah...

walluhua'lam...

Friday, May 6, 2011

bukanku sengaja...

bismillahirrahmanirrahim....

syukur ke hadrat Ilahi krn dgn lmpah kurniaNya dpt lg diri ini hidup utk melaksanakan tgas yg blum selesai...tugas yg brtimbun-timbun, tugas yg xkn pernah selesai selagi hayat ini dikandung badan...

"seharian x berjumpa dan x bermesej pn ngn DIA, dan ianya bukanku sengajakan, petangnya satu msej aku terima drpd DIA dan membuat aku tersenyum, akhirnya DIA msej aku jg walaupun msejnya yg semalam x berbalas...bukanku sengaja x membalasnya...
aku membalas msejnya dengan perasaan gembira, tetapi aku merasakan DIA x segembira aku, ajakannya aku beri banyak persoalan dan alasan, itu dan ini, akhirnya kata putus yg DIA beri membuat aku rasa sangat serba salah, bukanku sengaja ingin membuat seperti itu...
ingin sekali aku mempermudahkan urusannya,
ingin sekali aku meringankan bebannya,
ingin sekali aku menyenangkan hatinya,
ingin sekali aku menjadi pembantunya dalam perkara yg dilakuakn,
mungkin caraku salah,
ampun dan maaf dipinta,
maafkan diriku kerana mengguris hatimu,
ampunkan diriku kerana menyakitkan hatimu,
maafkan diriku krn selalu menyusahkanmu,
ampunkan diriku krn sentiasa menghampakanmu,
bukanku sengaja...."

wa........nmpak cam jiwangkan...aku ka tu? huhu...
cuma sbgai testing 2k wat puisi...tp ngam ka tu? hmm... ne la kejedahnya bila org mt mnjadi sastera...=)

exam x lama lg...nmpaknya nak stdy smart x dpat da ne...prlu lbih strugle da...
exam dunia ne da buat hati aku berdebar-debar, cukup ka suda aku punya ilmu, dptka aku menjawab soaln2nya nnti...
exam akhirat pula? perasaan tersebut x dpt diungkap dengan kata2...hanya Allah shja yg taw, cukup ka suda amalan aku ini? apa aku maw jawab bila dtny munkar nakir nnt?..
seandainya belum ckup amalan, knpa aku masih sambil lewa lg? x tkut gagal ka?
muhasabah la diri selalu...jgn trpedaya dgn dunia ini yg selalu menipu...
wallahua'lam...

Friday, February 25, 2011

fiRsT tYm La......=)

Bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah....hari ini saya diberikan kesempatan lagi untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini... bila lihat pada tajuk, pasti tertanya-tanyakan apa dia yang 'first time' tu?? hmm...apa dia ya????

sebenarnya bukanlah mau kecoh sangat, lagipun perkara ne da ramai sangat pun yang melaluinya...tapi bagi saya ini adalah pertama kali....=)

MEMANDU.... mmm...benda biasa kan kita dengar, tapi bagi saya yang baru sahaja mendapat lesan P, tentu sesuatu yang best!! sebelum ini, saya hanya memandu setakat IP dan pekan sahaja, jarak pun tak jauh sangat... tapi untuk pertama kalinya pada hari ini, saya memberanikan diri untuk pandu kereta dari keningau sampai ke tenom... wou!!!!....jauhnya lebih kurang 40km la... dengan galakan dari kawan-kawan, keyakinan diri dan paling penting sekali dengan izin Allah, akhirnya sampai juga ke TENOM...alhamdulillah...=D
seperkara lagi yang tidak pernah saya lakukan sewaktu memandu ialah memotong kenderaan di hadapan...hehe, tapi pada hari ini, saya telah berjaya melakukannya untuk pertama kali....YES!!!!!... sampai bersorak kami dalam kereta waktu itu ya...haha~~
sewaktu sampai sahaja di tenom, kami hanya sempat makan di asiarasa, jalan2 kat kedai (nak cari kasut adidas kg la kunu), hantar kawan kat rumahnya (tujuan sebenar nak ke tenom) dan singgah jap kat rumah saya la kn....=)
agak kejar masa jugalah waktu tu, kami bertolak dari rumah saya untuk ke keningau semula waktu itu da hampir 6.30 petang... memang dah nak gelap da.. tawakkal 'alallah sahaja saya memandu waktu itu, ini juga merupakan first tym saya drive malam...hehe... tidak sangka pula mata saya silau dengan lampu2 kereta dari hadapan. memang agak risau juga waktu tu dengan keadaan yang gelap, lampu kereta yang tidak ok sangat, jalan pun ada yang rosak...hanya mampu berdoa pada Allah untuk selamatkan kami semua sampai semula ke IP... alhamdulillah, doa diperkenankan dan kami semua selamat kembali ke IP...=)
antara perkara yang mengejutkan saya jugalah, terdapat kemalangan yang terjadi sewaktu kami pergi dan juga balik...hmm..nampaknya jalan tenom keningau ni sangat bahaya sampai kemalangan berlaku dua kali dalam sehari di tempat yang berbeza (yang kami nampak la).
saya sebagai pemandu yang baru, mesti lebih berhati-hati sewaktu memandu, patuhi peraturan jalan raya...KO BOLEH ITU!!!!....huhu~~~

walau apapun, pengalaman first tym memang BEST!!!... bagi sesiapa yang belum dapat lesen memandu lagi, cepat2 la dapatkan yer...nanti da dapat lesen, boleh drive puas2 kn....;-p
setakat ni sajalah untuk coret-coretan pengalaman baru...cewa...
maaf andai ada salah silap yang dilakukan...semoga Allah merahmati kita semua...AMiN..
wassalam...

Sunday, February 20, 2011

MenUjU WawAsaN

wawasan diri penuh di dada dengan ilmu,
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat,
kuat usaha jujur dan amanah,
sentiasa mengharap keredhaan Allah....

umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah maha kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat Islam sentiasa boleh!!!!

*sebagai muhasabah kita sebagai umat Islam*
dengarkan.........(^___^)



Thursday, January 13, 2011

LuaHaN sEjA...

bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah, hari ni aku diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ni setelah lama tidak update kan....
cuma kali ini tidak banyak yang ingin diperkatakan, hanya ingin meluahkan rasa hati ini...

bersyukur sangat dengan nikmat yang diberikan Allah kepada aku, for the first time aku boleh driving dengan bebas kerana telah mendapat lesen P hari ini. hampir banyak kali aku belek2 lesen P tersebut, seperti tidak sangka dah dapat lesen P.
asal ceritanya...aku ambil ujian JPJ seminggu yang lalu, alhamdulillah lulus, kata pihak JPJ dalam 3 hari begitu akan keluarlah lesen dan dapatkannya daripada tutor. tunggu punya tunggu, selepas 3 hari aku sms tutor aku untuk bertanya tentang lesen P tersebut, tapi x berbalas, mungkin sibuk agaknya. seterusnya aku sms lagi tutor aku selepas dua hari, tapi x berbalas juga. keesokannya aku mengambil keputusan untuk call terus jak tutor aku, alhamdulillah, dia sambut juga calling aku. tapi yang mengejutkan aku, tutor kata sebelum buat lesen P mesti sediakan sekeping gambar dan duit RM 70. kalau gambar tu ok la, tapi duit tu masalah sikit, pegangan sendiri pun tidak sampai RM10, ni kena bayar 70 pula...hmmm
terpaksa lah aku pinjam duit dengan kawan2 sekelas dengan membuat muka seposen...alhamdulillah, dapat juga pinjam, tq ya kepada yang berkenaan...(^____^)
akhirnya dapat juga aku mendapatkan lesen tersebut, x sangka cuma sehari semalam sahaja dah siap dibuat lesen tersebut. lesen P yang ku tunggu2...hehe..lepas saja dapat lesen tu, terus pergi beli juga sticker P untuk ditampal kat kereta..semangat ni..
insyaAllah, hujung minggu bercadang untuk pulang rumah, maw try2 bawa kereta abah jalan2 pusing Tenom...hehehee
sebenarnya untuk mendapatkan lesen memandu merupakan azam tahun lalu, namun azam tersebut tidak tercapai, tapi tidak mengapalah, tahun ni dapat lesen pun ok juga, pasti ada hikmah yang tersirat....

rasanya setakat ini sajalah untuk coretan hari ini, sebagai pengajarannya: dalam kita melakukan sesuatu, jika kita menghadapi kesulitan, jangan lupa untuk minta pertolongan kepada Allah, setiap kesulitan yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya, jangan kita suka mengeluh kerana mengeluh itu kerja syaitan, semakin banyak ujian yang Allah berikan kepada kita bermakna Allah sayang kepada kita...
wallahua'lam...