Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Saturday, May 11, 2013

exam? lemah...

Bismillahirrahmanirrahim...

masuk minggu exam, masa untuk mengulangkaji pelajaran... kali ini ana akan menduduki exam 5 kertas. setakat ni semua subjek belum lagi habis diulangkaji. tapi entah kenapa keadaan ana sekarang seperti orang yang sudah habis ulangkaji, sejak kebelakangan ini asyik online, movie, tidur, lepak... buat perkara berfaedahkah itu?
ana teringat akan tugasan yang diberikan kepada adik2 usrah berkaitan tanda2 hidup tidak berkat iaitu:
1) duit banyak tapi cepat habis
2) buat kerja tapi tidak pernah selesai
3) buat sesuatu tapi tidak dapat manfaat
4) masa digunakan dengan sia-sia
ya Allah, kesemua tanda2 tersebut sangat menjurus kepada diri ana sekarang. menunjukkan bahawa kehidupan ana sekarang tiada keberkatannya.

ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sungguh lemah, ampunilah dosa2ku, Engkau limpahkanlah rahmat dan keberkatanMu kepada diri ini. berikanlah hambaMu ini kekuatan ya Allah, hanya kepada Engkau hambaMu ini bergantung harap, ya A'ziz ya Jabbar ya Mutakabbir...


Thursday, April 11, 2013

mud kosong

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali menjalani praktikum di sekolah, memang bingung2 la pada awalnya. Alhamdulillah, setelah membuat kolaborasi dengan pensyarah dan guru pembimbing, banyak perkara yang dapat diselesaikan. proses belajar sangat seronok, belajar melalui pengalaman.

Tapi.....tak tahu kenapa walaupun sibuk dengan urusan praktikum, tapi hati terasa kosong. terkadang rindu dengan kesibukan bersama sahabat2 seperjuangan. terasa banyak sudah benda dibuat yang tidak pernah siap2, tapi seperti ada lagi tertinggal. macam ada lagi yang perlu saya buat tapi tak pasti apa. namun apa yang jelas ialah penglibatan saya dalam gerakkerja Islam makin berkurangan. kadang berfikir apa yang saya sudah buat untuk Islam, adakah tanggungjawab yang telah diberikan terlaksana? lemahnya diri ini, cemburu melihat sahabat2 yang terus sibuk dengan kerja untuk agama, tapi saya?

Kata orang yang ditarbiyah, tapi kenapa tidak ada sifat2 tarbiyah pun dalam diri? insaflah wahai diri, macam mana kita mahu jawab depan Allah nanti jika ditanya mengenai tanggungjawab kita? mana perubahan yang diazamkan sewaktu pergi program? "mahu berubah tapi susah ne". langkah pertama untuk berubah menentukan bagaimana perubahan yang akan berlaku dalam diri ini.

Selalu berdoa supaya hari ini lebih baik dari semalam, tapi kalau usaha tiada, takda maknanya. makalah rugilah manusia yang harinya makin lama semakin buruk. tiada peningkatan malah makin mundur. dengan itu terserlahlah umat Islam yang terkebelakang, semakin ditindas. jiwa anak muda makin terkubur untuk berjihad dek alpa dengan kehidupan duniawi. ya Allah, Engkau peliharalah diri ini dari terjerumus dengan kehidupan duniawi yang hanya bersifat sementara.

Jom sama2 kita tarbiyah diri kita berdasarkan muwasafat tarbiyah yang sepuluh iaitu:
1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
4)Tersusun urusannya (Munazzhamun fi syuunihi)

5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
7)Pandai berdikari (Qadirun 'alal Kasbi)

8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)


tak dapat buat semua, buat sikit2 dulu, yang penting istiqamah...^^

Wednesday, February 27, 2013

letih tapi best ^^

Bismillahirrahmanirrahim....

Minggu ini berlalu dengan kesibukan yang teramat, di situlah assignment mau dihantar, program syukbah yang dirancang, amali PJ, merentas desa, karnival sukan, tutorial, pengajaran makro....Allah!!! agak penatlah juga minggu ni. tapi yang seronoknya, tiada masa untuk buat perkara tak berfaedah, banyak pengalaman yang diperolehi....alhamdulillah..^___^

Sebenarnya tak sangka dapat libatkan diri secara aktif tahun ni, sebelum2 ni, tak pernah pun join sangat program terutamanya karnival sukan. mungkin mau habis da belajar dekat IPG ni, jadi mau juga bagi sumbangan walaupun tak seberapa. Niat ingin belajar sesuatu daripada program yang diikuti, bukannya pandai sukan kan, tapi sebab tak pandai tulah kena belajar kan...? hehe... baru belajar terus ikut pertandingan, jawabnya konfem kalah, tak kisah sebenarnya kalah atau menang, yang penting dapat ilmu dan pengalaman baru, semoga bermanfaat buat diriku dan orang lain...

"sanggupnya kau ikut sukan sedangkan assignment belum siap", kata salah seorang rakan sekelasku.

pilihan antara keperluan atau kemahuan, mana yang lebih diutamakan? tapi kalau ambil dua-dua pun okeh juga kan...hehe, insyaAllah, apa yang penting setiap perkara yang dilakukan mestilah niat kerana Allah, bukan suka-suka saja okeh....

namun apa yang menarik perhatianku ialah, beberapa pertandingan yang dilaksanakan sering terjadi pertembungan antara rumah sukan biru dan hijau bagi merebut kejuaran. dan yang sering menjadi juara ialah rumah hijau....petanda apakah ini?

InsyaAllah, Islam pasti akan bangkit dan tertegak di muka bumi Allah suatu hari nanti....

wallahua'lam...

Monday, February 11, 2013

Tahun Baru....ana

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Ana membersihkan sawang2 yang telah penuh dekat blog Ana ni.

Masuk tahun baru, pasti kita punya azam baru. masih boleh lagi ka ni wish Tahun baru sedangkan da masuk bulan 2. hehe, kalau tak boleh, wish Tahun Baru Cina jak la...=)



Macam biasalah azam kita setiap tahun mesti nakkan yang lebih baik dari tahun lepas. tapi kebiasaannya mesti selalu semangat awal2 jak, last2, tiada juga hasilnya...

Teringat kata2 seseorang yang terkenal, katanya: "seseorang itu boleh berubah kerana dua perkara iaitu kerana buku yang dibaca dan pengaruh orang sekeliling".

Jadi kalau mahu berubah kepada yang lebih baik, mestilah banyakkan baca buku2 ilmiah dan sentiasa berdampinglah dengan orang2 yang sentiasa membawa kepada kebaikan. Terpulang pada diri kita untuk memilih apa yang terbaik, sudah dewasa kan...


       
  

InsyaAllah, apa yang penting kita niatkan semuanya kerana Allah.
KAU BOLEH TU!!!

Sekarang dalam proses menghabiskan buku yang bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki... Buku ni dah lama wujud tapi tak pernah baca pun (sebabdulukanmalasbacabuku)...=D

Okehlah, setakat ni saja untuk perkongsian kali ini, terasa lain macam jak penulisan Ana, mungkin sebab lama dah tak tulis blog kot...hehe~~

Wallahua'lam...
Wassalamualaikum warahmatullah...=)

Tuesday, September 27, 2011

Kem Cinta Islam

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberikan peluang untuk berkongsi sesuatu dalam blog ni, setelah lama menyepi. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sejak akhir2 ni.
Tetapi sebenarnya sibuk itu lagi seronok daripada bosan tiada kerja yang perlu dibuat. Minggu lalu merupakan minggu yang dirasakan terlalu sibuk bagi saya, tak tau la orang lain. Dalam keadaan assignment yang belum siap, satu program iaitu Kem Cinta Islam perlu dilaksanakan dalam minggu itu juga. Kem ini merupakan kem rintis, kem berbentuk Islamik yang pertama kali dilaksanakan di IPG Kampus Keningau ini.

Program ini telah dirancang sebelum raya aidilfitri lagi, dan bercadang untuk melaksanakannya seminggu selepas cuti raya. Namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, program ini terpaksa ditunda. Kertas kerja yang dihantar pula lambat untuk mendapat kelulusannya. Akhirnya kertas kerja ini lulus pada dua hari sebelum program ini bermula. Pada waktu itu, keadaan menjadi kelam kabut. Banyak lagi perkara yang belum diselesaikan. Hampir2 sahaja program ini tidak dapat dilaksanakan.

Selaku antara orang yang menguruskan program ini, memang semangat perlu kuat agar orang lain tidak patah semangat dalam meneruskan program ini. Alhamdulillah, akhrinya program ini dapat dilaksanakan juga atas bantuan ajk2 program dan paling penting kerana pertolongan daripadaNya.

Di bawah ini merupakan detik2 manis sepanjang 3 hari 2 malam program Kem Cinta Islam dijalankan...





Sesi pendaftaran, muslimat jugalah paling ramai...










Beberapa Ajk muslimin sedang khusyuk mendirikan khemah. Tempat tidur para peserta, bersama fasilitator dorang...








Sesi Ice Breaking, tak dapat join time ni, tgh sibuk outing...=)hehe, sibuk di luar IPG mencari tempat yang sesuai tuk melaksanakan aktiviti esok hari.








Aktiviti Nightline, time tuk marah2 dorang...hehehe~~
Jalan sambil tutup mata dengan meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah.








Aktiviti Mari Beramal Bersama, aktiviti ini merupakan aktiviti luar IPG yang pertama kali dibuat di Keningau. Aktiviti yang memerlukan banyak pengurusan sebelum dilaksanakan (tuk aktiviti ni la yg sibuk2 outing 2), Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusan tersebut...







Aktiviti Explorace Minda, memang aktiviti yang paling mencabar la bagi para peserta dan fasilitator, 10 checkpoint perlu diharungi, sambil memikul amanah yang 'berat'. Amanah yang diberikan bukanlah benda2 biasa, tapi orang yang dibalut dengan tisu seperti mumia. Mereka perlu mengangkat orang tersebut ke setiap checkpoint yang mereka pergi, di sinilah cuba ditekankan kepada mereka bahawa amanah yang dipikul itu sebenarnya sangat berat. Tidak semua orang dapat memikul amanah dengan sebaiknya.


Terdapat banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini, namun setakat ini sahajalah perkongsian daripada saya, sebenarnya banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan...huhu~~
Semoga para peserta, fasilitator dan juga urusetia yang terlibat dalam program rintis ini mendapat manfaat yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang.
Terima kasih saya ucapkan pada semua yang terlibat kerana memberikan kerjasama dan sokongan sehingga program ini berjaya dilaksanakan. Namun program ini tidak dikira berjaya sepenuhnya jika tiada perubahan yang berlaku dalam diri setiap peserta yang terlibat.

Wallahua'lam...

Saturday, August 6, 2011

aku yang lemah

Bismillahirrahmanirrahim....

"Ya Allah, kenapa tidak menghabiskan makan ni? mari saya habiskan..."
"Wah...kau jugalah, bagus2, habiskan2..." kataku.
"Mesti dihabiskan ni, biasanya makanan yang terakhir itu yang ada keberkatannya, selalunya kami di rumah mesti kasi habis, kalau ada makanan yang jatuh pun mesti di makan, kemungkinan di situlah ada keberkatan"
aku terdiam sejenak, bagusnya 'dia', mesti familynya sentiasa mengamalkan sunnah2 Rasulullah. kenapa aku tidak dapat lakukan seperti itu? mana kekuatanku untuk melakukannya?

setelah selesai azan subuh, tiba2 aku terdengar suara orang memberi tazkirah. Owh, rupanya 'dia' sedang bercakap dengan kawan-kawannya. tapi aku kurang dengar apa yang 'dia' katakan. dalam jangkaanku, mungkin 'dia' tengah tegur kawan-kawannya sebab bercakap tym azan atau berkata tentang kelebihan solat sunat sebelum subuh. setelah beberapa minit 'dia' bercakap, 'dia' dan kawan-kawannya mendirikan solat sunat sebelum subuh... Sekali lagi aku kagum dengan 'dia', rasanya tadi 'dia' sedang mengajak kawan-kawannya untuk melakukan satu lagi amalan yang paling Rasulullah suka lakukan.
Ya Allah, apakah engkau kurniakan 'dia' untuk memberi kesedaran terhadapku? sebenarnya banyak yang aku telah belajar daripada 'dia' walaupun bukan secara direct. Ya Allah, engkau jadikanlah aku kuat untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar. Kadang-kadang aku tahu kelebihan sesuatu perkara itu, tetapi tidak pernah aku sampaikan kepada orang lain. Ya Allah, kedekutkah aku ini, sombongkah aku? aku tidak ingin menjadi seperti itu, aku ingin menjadi orang yang suka menyampaikan ilmu, aku ingin setiap kata2ku ini berhikmah, aku ingin menjadi orang yang berguna terhadap orang lain...Ya Allah, engkau bantulah hambaMu ini...Amin Ya Rabbal Alamin...

Sedikit perkongsian ilmu, semoga bermanfaat........
Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walaupun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

Wallahua'lam...

Wednesday, May 11, 2011

Al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah....cuaca sekarang tengah hujan sayup2...mmg selesa untuk TIDUR...hee..
tp sblum tu, nak cerita dulu pengalaman saya selama memandu kereta ne....psal memandu lg...cbalah psal driving ka, car ka...
tp ini lain la ceritanya kn...utk bapa2, ibu2 yg drve ne, msalah yg selalu tmbul adalah sewaktu maw parking kereta kn..betul x??...kwan2 ckap, 2la...bez lagi naik bas, x payah nak risau pasal parking2 lg banding naik kereta ne...tp sebenarnya penat nak jlan kaki ne...dgn membawa barang yg banyak lg....makanya saya lebih suka memandu kereta, lebih memudahkan...(^___^)
utk pengetahuan semua, sekarang ne pihak polis saaangat RAJIN buat kerja...kerja saman menyaman la terutamanya...hehe...mana kereta salah parking, kompom kena saman la jwabnya...ne menjadikan tempat parking kereta jd terhad...suma takut kena saman la katakan...di sini kita boleh lihat bahawa persaingan utk mendapatkan tmpat parking menjadi sengit terutamanya pada waktu puncak....hmmmm....
seorg kakak pernah memberi pesanan pada saya, "kalau nak mudah dapat tempat parking, amalkan bacaan surah al-Fatihah dan tawakkal pd Allah"... ehe...saya apa lg, xkan xnak cuba baca al-Fatihah ne....mestilah nak try jg kn...seperti biasalah saya mmandu kat pekan kgau, waktu ne tgh nak cari parking...pusing punya pusing, langsung xda tmpat prking, keadaan pn sesak...tiba2 saya teringat dengan pesanan kakak tersebut, saya pun buatlah seperti yang dipesan, beberapa ketika kemudian sebuah kereta maw undur tuk kuar dri tmpat parking...wah, saya pn bg 'can' la dia keluar, yes!!! akhirnya dapat jg tmpat parking kereta...ALHAMDULILLAH....
mulai saat itu, bacaan al-Fatihah menjadi amalan bg memudahkan dpt tmpat parking, alhamdulillah, mmg Allah memberikan kemudahan tersebut...
amalan membaca al-Fatihah jg boleh dilakukan sebelum memulakan pemanduan beserta doa menaiki kenderaan, semoga dipermudahkan perjalanan...
sememangnya surah al-Fatihah ini teeerlalu banyak manfaat sekiranya dibaca, diamal dan dihayati sepenuh hati...InsyaAllah...

walluhua'lam...