Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Thursday, January 13, 2011

LuaHaN sEjA...

bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah, hari ni aku diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ni setelah lama tidak update kan....
cuma kali ini tidak banyak yang ingin diperkatakan, hanya ingin meluahkan rasa hati ini...

bersyukur sangat dengan nikmat yang diberikan Allah kepada aku, for the first time aku boleh driving dengan bebas kerana telah mendapat lesen P hari ini. hampir banyak kali aku belek2 lesen P tersebut, seperti tidak sangka dah dapat lesen P.
asal ceritanya...aku ambil ujian JPJ seminggu yang lalu, alhamdulillah lulus, kata pihak JPJ dalam 3 hari begitu akan keluarlah lesen dan dapatkannya daripada tutor. tunggu punya tunggu, selepas 3 hari aku sms tutor aku untuk bertanya tentang lesen P tersebut, tapi x berbalas, mungkin sibuk agaknya. seterusnya aku sms lagi tutor aku selepas dua hari, tapi x berbalas juga. keesokannya aku mengambil keputusan untuk call terus jak tutor aku, alhamdulillah, dia sambut juga calling aku. tapi yang mengejutkan aku, tutor kata sebelum buat lesen P mesti sediakan sekeping gambar dan duit RM 70. kalau gambar tu ok la, tapi duit tu masalah sikit, pegangan sendiri pun tidak sampai RM10, ni kena bayar 70 pula...hmmm
terpaksa lah aku pinjam duit dengan kawan2 sekelas dengan membuat muka seposen...alhamdulillah, dapat juga pinjam, tq ya kepada yang berkenaan...(^____^)
akhirnya dapat juga aku mendapatkan lesen tersebut, x sangka cuma sehari semalam sahaja dah siap dibuat lesen tersebut. lesen P yang ku tunggu2...hehe..lepas saja dapat lesen tu, terus pergi beli juga sticker P untuk ditampal kat kereta..semangat ni..
insyaAllah, hujung minggu bercadang untuk pulang rumah, maw try2 bawa kereta abah jalan2 pusing Tenom...hehehee
sebenarnya untuk mendapatkan lesen memandu merupakan azam tahun lalu, namun azam tersebut tidak tercapai, tapi tidak mengapalah, tahun ni dapat lesen pun ok juga, pasti ada hikmah yang tersirat....

rasanya setakat ini sajalah untuk coretan hari ini, sebagai pengajarannya: dalam kita melakukan sesuatu, jika kita menghadapi kesulitan, jangan lupa untuk minta pertolongan kepada Allah, setiap kesulitan yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya, jangan kita suka mengeluh kerana mengeluh itu kerja syaitan, semakin banyak ujian yang Allah berikan kepada kita bermakna Allah sayang kepada kita...
wallahua'lam...