Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Saturday, April 24, 2010

ReD GuARa CaFe

Pernahkah kita memikirkan minuman yang kita minum setiap hari berkhasiat untuk diri kita sendiri? di sini ada penyelesaiannya...
1 lagi produk luar biasa yang dihasilkan oleh syarikat DCL...


Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 3 bahan aktif mewah utama yang terdiri daripada Ekstrak Guarana (Paullina cupana), Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta vulgaris) dan "Yis Beras Merah/Red Yeast Rice" (Monanscus pur purues).

1. GUARANA (Paullina cupana)

Guarana, di mana bijinya berbentuk bulat, kecil, merah dan berkelompok berasal dari Amazon Brazil. Dirujuk sebagai mata oleh dongeng oleh kaum Guaranis.

Kandungan bahan utama:

Nilai perubatan:

  • Guaranina, Hipoxantina, Proantocyonidina, Asid Salisilik, Tannin, Teobronina, Teofillina dan Xantina

Nilai pemakanan:

  • Asid Amino: Leusina, Lisina, Tirosina Metaionina, Triptofana, Valina, Sistina, Alanina, Asid Glutamik, Isoleusina, Arginina dan Glisina
  • Mineral (Galian): Kalium, Fosforus, Kalsium, Zat Besi dan Zink
  • Adenina, Guanina, Kolin, Glukosa, Musil etrametilxantina)
  • Teofillina (1,3 - dimetilxantina)
  • Teofillina (3,7 - dimetilxantina)

Lain-lain bahan:

  • Sapinin
  • Tannin - Astringent
  • Minyak asli

Bagaimana Guarana membantu:

  1. Meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan)
    • Saluran pernafasan iaitu bronkiol akan mengembang
    • Lebih banyak oksigen dibawa masuk
    • Lebih oksigen untuk sel-sel badan
  2. Menambah kebolehan mendapatkan tenaga:
    • Menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati
    • Meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan
    • Tenaga untuk sel bertambah
    • Keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan/dibaki
    • Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan
    • Berguna semasa puasa untuk menahan lapar
  3. Meningkatkan kesan hormon:
    • Pada sel, guarana menghalang enzim Fosfodiesterase daripada menukar cAmp (Pengantara maklumat ke-2) kepada 5 Amp
    • Ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon
    • Ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan.

Apa fungsi-fungsi Guarana:

  • Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Mengatasi dan membantu pencernaan (Diarrhea)
  • Penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan)
  • Neuralgia (Sakir urat/saraf) dan kesakitan ringan
  • Memudahkan pernafasan (Boleh membantu asma)
  • Sindrom sebelum datang bulan (PMS)
  • Menguatkan otot jantung
  • Mengurangkan atau menghilangkan demam
  • Mencegah jangkitan
  • Membuang air berlebihan
  • Membantu sakit kepala dan migrain
  • Membantu mencairkan darah
  • Anti oksida

2. RED BEET ROOT / UBI BIT MERAH (Betavulgaris)

Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang cina dan eropah dalam pemakanan harian untuk membekalkan tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.

  • Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
  • Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit
  • Pigmen merah dlam bit didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser
  • Mengadungi komponen "Betaine" yang sangat berkesan membantu fungsi hati
  • Asid nukleik dari bit menyubut dan membantu separasi sel
  • Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida
  • Mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung
  • Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium
  • Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan
  • Peransang dan pembersih ginjal
  • Membantu merawat migrain
  • Buang toksik

3. RED YEAST RICE / YIS BERAS MERAH (Monascus purpurues)

Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang-orang Cina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Beras merah adalah hasil "fermentasi" sejenis Yis Monascus purpurues yang selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.

Kajian secara saintifik ke atas Yis Beras Merah didapati berfaedah kerana:

  • Komponen-komponen penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolestrol. Bagus untuk menurunkan berat badan
  • Ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/jahat (Trigliserida)
  • Mengandungi belasan komponen asli yang sama seperti dengan "statin" di mana dewasa ini sangat popular digunakan untuk merawat masalah kolestrol berlebihan (seperti jenama Baycol, Lescol, Lipitor, Meracor dan Pravachol)
  • Melembutkan saluran darah yang keras
  • Membantu proses penghadaman yang sempurna
  • Sakit perut

Cara Pengambilan:

Tuangkan satu paket RED GUARA CAFE ke dalam secawan air panas (159ml-180ml), kacau dan hidangkan.


dah tau kelebihannya...

lupakan yang lain....

selamat mencuba....

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

AMAZING





















Perkongsian produk DCL yang telah terbukti kehebatannya.
Alhamdulillah, Allah telah mengilhamkan produk ini kepada Dato' Stapa, pengasas DCL. Sebagai hamba Allah, beruntunglah bagi sesiapa yang memanfaatkan sesuatu yang baik yang telah diilhamkan oleh Allah ini...

Seperti namanya yang sememangnya Amazing. Selain kegunaan untuk membina kesihatan badan, ia juga sangat berkesan membantu mengurangkan lemak dalam tubuh. Amazing juga memberi tenaga segera akibat kehilangan tenaga dari proses penurunan berat badan/diet.

Antara lain fungsi Amazing ialah:

  1. Membantu menyembuhkan luka-luka pembedahan dan luka-luka lain di dalam perut
  2. Amat berkesan untuk ibu-ibu selepas bersalin di mana ianya memulihkan fungsi sistem peranakan
  3. Ianya sesuai diamalkan oleh mereka yang bermasalah lumpuh kerana stroke
  4. Mampu merawat sakit Asma/ Lelah
  5. Penahan sakit tanpa rasa mengantuk dan tidak menyebabkan ketagihan
  6. Bahan penahan gatal (anti-hestimin) alergi pada makanan laut
  7. Sangat baik dan berkesan untuk sakit sendi, otot, rheumatik, arthritis dan anti-radang
  8. Mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelak keletihan
  9. Menyembuhkan Ulcer gastrik dan pendarahan usus
  10. Mengurangkan simptom buasir dan pendarahan
  11. Meredakan resdung/sinus
  12. Melancarkan perjalanan darah dan membantu menurunkan tekanan darah
  13. Merangsang kecantikan kulit sambil memperlahankan kedut pada kulit (awet muda)
  14. Mengawal kencing manis (mengurangkan paras gula dalam darah)
  15. Mengatasi masalah sakit dada, kudis dan sakit belakang
  16. Membantu penghadaman
  17. Meningkatkan kecerdasan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak
  18. Sangat baik untuk melancarkan fungsi buah pinggang
  19. Membantu masalah batu karang
  20. Mengawal nafsu makan dan membantu memecahkan lemak badan dan membantu menurunkan berat badan
  21. Menenangkan fikiran

Amazing dikomposisi dengan 9 sumber semulajadi yang berkhasiat:

  1. Madu Asli Madu asli dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang, membantu melegakan pembuangan air besar dan menenangkan fikiran.
  2. Dong Quai
  3. Dang Shen
  4. Kurma Merah
  5. Minyak Habatusauda
  6. Buah Tin
  7. Ubi Jaga
  8. Kismis
  9. Buah Zaitun
SELAMAT BERAMAL...=)
DCL Satu Wadah Perjuangan, Lebih Adil Lebih Sukses

Friday, April 23, 2010

kisah renungan

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba- tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan…oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa
yang kita buat( “,)..

permulaan

langkah pertama...