Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Saturday, August 6, 2011

aku yang lemah

Bismillahirrahmanirrahim....

"Ya Allah, kenapa tidak menghabiskan makan ni? mari saya habiskan..."
"Wah...kau jugalah, bagus2, habiskan2..." kataku.
"Mesti dihabiskan ni, biasanya makanan yang terakhir itu yang ada keberkatannya, selalunya kami di rumah mesti kasi habis, kalau ada makanan yang jatuh pun mesti di makan, kemungkinan di situlah ada keberkatan"
aku terdiam sejenak, bagusnya 'dia', mesti familynya sentiasa mengamalkan sunnah2 Rasulullah. kenapa aku tidak dapat lakukan seperti itu? mana kekuatanku untuk melakukannya?

setelah selesai azan subuh, tiba2 aku terdengar suara orang memberi tazkirah. Owh, rupanya 'dia' sedang bercakap dengan kawan-kawannya. tapi aku kurang dengar apa yang 'dia' katakan. dalam jangkaanku, mungkin 'dia' tengah tegur kawan-kawannya sebab bercakap tym azan atau berkata tentang kelebihan solat sunat sebelum subuh. setelah beberapa minit 'dia' bercakap, 'dia' dan kawan-kawannya mendirikan solat sunat sebelum subuh... Sekali lagi aku kagum dengan 'dia', rasanya tadi 'dia' sedang mengajak kawan-kawannya untuk melakukan satu lagi amalan yang paling Rasulullah suka lakukan.
Ya Allah, apakah engkau kurniakan 'dia' untuk memberi kesedaran terhadapku? sebenarnya banyak yang aku telah belajar daripada 'dia' walaupun bukan secara direct. Ya Allah, engkau jadikanlah aku kuat untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar. Kadang-kadang aku tahu kelebihan sesuatu perkara itu, tetapi tidak pernah aku sampaikan kepada orang lain. Ya Allah, kedekutkah aku ini, sombongkah aku? aku tidak ingin menjadi seperti itu, aku ingin menjadi orang yang suka menyampaikan ilmu, aku ingin setiap kata2ku ini berhikmah, aku ingin menjadi orang yang berguna terhadap orang lain...Ya Allah, engkau bantulah hambaMu ini...Amin Ya Rabbal Alamin...

Sedikit perkongsian ilmu, semoga bermanfaat........
Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walaupun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

Wallahua'lam...