Blogger templates

Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan,
beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya, rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Monday, October 4, 2010

tukar lagi???

bismillahirrahmanirrahim

bagi sesiapa yang membuka blog saya kebelakangan ini, pasti hairan, kenapa saya balik-balik tukar template blog ne..
kali ini pun saya tukar template yang baru lagi dan lagu pun tukar juga..
mungkin itu sudah fitrah kita sebagai seorang manusia menginginkan yang terbaik untuk sesuatu. selagi tidak puas hati dengan apa yang dihasilkan, selagi itulah kita akan terus berusaha untuk buat yang terbaik.
tetapi alangkah indahnya jika fitrah ini kita sering aplikasikan dalam menunaikan ibadah kepada Allah. contohnya dalam solat, walaupun kita tidak dapat menunaikan solat sebaik dan sekhusyuk Rasulullah dan para sahabat, namun kita mesti sentiasa berusaha ke arahnya. sesungguhnya Allah suka kepada orang yang rajin berusaha dan tidak mudah putus asa.

kata seorang sahabat kepada saya, hikmah disebalik tukar-tukar ni menunjukkan bahawa tiada satu benda pun yang kekal di muka bumi ini, hanya Allah sahaja yang kekal abadi. oleh itu dalam setiap perkara yang kita lakukan pasti ada hikmah yang tersirat. tidaklah Allah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia....

walluhu a'lam...

Friday, October 1, 2010

reflection....

bismillahirrahmanirrahim....

rasa seperti lama dah tak update blog ne, memang lama dah pun...:)
untuk coretan kali ni, saja jak nak kongsi pengalaman dalam pengubahsuaian blog ni. nampak lebih menarik tak? haha, tak seberapa menarik pun sebab saya budak baru belajar. satu malam ni saya habiskan masa untuk membuat pembaharuan pada blog ni. supaya nampak lebih ceria sikit. dalam usaha mencari template baru untuk blog ni, saya menghadapi masalah untuk menggunakannya. saya sudah ikut arahan yang diberikan, tapi bila saya upload kat blog saya, tidak betul pula html-nya. ntah la apa masalahnya. tapi saya tidak putus asa, saya mahu juga blog saya ni berubah wajah. akhirnya saya terpaksa juga menggunakan template blog yang sudah sedia ada kat blogspot ni. tapi biarlah, asalkan dah berubah wajah juga. hehe...
dari masa ke semasa, saya pasti akan belajar cara untuk menjadikan blog saya ni lebih menarik.
jangan putus asa.....insyaAllah.

rasanya setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. semoga kawan-kawan yang pandai dalam menghias blog, ajar-ajarlah budak yang baru belajar ini ya..

terima kasih....:)